-->
Farah Ar'rah Rara !

Khamis, 20 Februari 2014

Awak Part 2 .....


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.


Ya Allah Ya Tuhanku~
Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani …
Jodohkan lahh Aku Dengan Dia Ya Allah.. Andai Dia Bukan Jodoh ku..
Aku Redha Ya Allah.. Jauhilah Dia Dari Pandangan Ku Ya Allah … Aku Tak sanggup menangis setiap malam kerana Mengingatkan Dia ya Allah,, Aku tak mahu Mengharap Cinta Yang Tak Terbalas Ya Allah..
Ya Allah Ampuni Dosa ku Ya Allah,, Jika Dia bukan Jodoh Di dunia,, mungkin dia jodoh Aku Di akhirat Nanti. Ya Allah Jaga Lahh Hati Ini Ya Allah… JGn laa ko Pesongkan hati ini Ya Allah.. Kuat kan Iman Hamba mu Yang Lemah ini Ya Allah~
Amin..Amin…Ya Rabbal ‘ aalamin


semua sudah kau takdiran!
Jodoh, maut, rezeki bahkan kelak akan mejadi apa diriku ini
Kau sudah mengetahuinya
Kau maha segalanya, kau tiada tandingnya didunia ini

YaAllah, aku hanya manusia yg mampu berusaha
Manusia yg berusaha dan berdoa
Lantas kau yg menentukan
Maka, berilah aku 1 keajaibanmu atas keraguanku selama ini

Dia yang aku sayang, dia yang aku cinta
Apakah kelak dia jodohku?
Dia yang aku ingin, dia yang mengerti aku
Apakah kelak dia yg akan menjadi imamku?

Harapanku pun sirna,
Harapanku pun musnah,
Dikala senja membisikan telingaku
Jika dia bukan untukku dan
Kami?
kami akhirnya dipisahkan oleh keyakinan

"Dear SK , dengarkanlah rintihan ini. Aku tidak mampu untuk berterus terang. Melalui ini saja yang aku mampu berkata-kata. ILYSM . XOXO :')"



LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 4:42 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 19 Februari 2014

Awak .....


     " Awak ... Kenapa awak hadir dalam hidup saya ? Kenapa awak buat saya jatuh hati pada awak ? Awak , saya sayangkan awak ... saya dah betul-betul sayangkan awak ... awak , bila saya mula sayangkan awak ... saya ikrar pada diri saya ... hanya awak sorang yang saya sayang ... sampai akhir hayat saya ... awak , saya sayang awak ... tapi awak tak sayangkan saya ... awak mainkan saya ... awak tinggalkan , awak lupakan saya ... awak , awak hancurkan hati saya ... awak dah buang saya ... awak buat hidup saya bercelaru ... awak , saya nampak awak ... tapi awak tak nampak saya ... betapa rindunya saya pada awak ... awak , saya tak kuat ... saya menangis teringatkan awak ... awak , saya masih disini ... Di tempat yang sama awak tinggalkan saya ... Awak , saya nak awak tahu sehingga ke detik ini ... saya masih sayangkan awak ... Saya perlukan awak ... " 



Perasaanku gelisah bercampur rindu
Saat kau jauh dariku 
Betapa ingin ku mencarimu 
Dan ingin cepat bertemu
Denganmu kekasih hatiku

Perasaanku sangat risau 
Pikiran bingung tak menentu 
Bila sehari tiada kabarmu
Betapa aku mengkwatirkanmu
Dan mencari tahu keadaanmu

Perasaan kau paham perasaanku
Namun kau cuik begitu
Apa kerana kau telah tahu 
Aku sangat cinta padamu
Jadi kau tenang-tenang begitu



Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya



LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 4:08 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Selasa, 18 Februari 2014

Result Sem !



Assalamualaikum . Pagi Malaysia ,


     Perrrgggg , berabuk + bersawang + ber dan ber dan ber . HAHA . Okey , harini nak updates dan post pasal RESULT . Haritu pasal result SPM , harini pasal DIPLOMA pulak okey. 


Bila cakap saja pasal keputusan semua jantung duduk "DupDap DupDap" HAHA . Perkara biasa bagi pelajar-2 macam saya ni . *Peace* 

     Saya merupakan pelajar diploma sebuah kolej di Kelantan, Kota Bharu. Perrrr , jauh merantau tapi pantai timur lah jugak . HAHA . Saya dah SEM3 ambil kos PAKK . Bakal Guru Kanak-2 . Insyaallah . Hee , agak-2 ada gaya tak ? *Buat muka comel* HAHA . Okey-2 , sekarang terus ke result okey . SEM 1 punya result ekk ? HAHA . Bolehlah ~ Lama gila tunggu result sem 1 ni haa keluar . dah nak habis sem 2 baru dapat tahu result . apolahhh . Stress tunggu . HAHA . Apa-2 pun alhamdulillah walaupun masih tak puas hati . Dapat cukup-2 makan jea (2.83) jeaaaa :'( so saddd . Selepas itu naik sem2 saya bertekad nak study elok-2 dan buat yang terbaik . Sem2 ni pendek jea . Subjek pun sikit jea . HEE . Tapi cakap jea nak study lah apalah . Hakikatnya banyak main jugak *buat muka* HAHA . Biasalah "student" lah katakan . Dan akhirnya baru-2 nie saya baru dapat tahu pasal result sem2 saya . JENG-3 . HAHA . Terkejut + tak sangka + bersyukur + sedih . HAAA , nak tahu kenapa ? ni haaa sebab nya . alhamdulillah meningkat dari sem1 punya result . Bolehlah dapat (3.11) yang sedihnyaaaa sebab tak dapat tinggi macam orang lain haaa . HMMM , banyak main lagi , padan muka hang Farah . *Buat muka sedih* HAHA . Dan disitu saya dapat rasakan yang saya nie tak boleh main-2 dengan sem3 sebab ada praktikal wehhhhh . Ketaqqq lutuqqqq . HAHAHA . Wish me luck guys untuk sem3 nie . okey-2 , sampai disini saja pasal Result saya . Heee . Assalamualaikum , yang buruk dari saya yang baik dari Allah SWT :) 







LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 8:36 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 16 Jun 2013

| Keluarga ke umrah |

Hai , assalamualaikum semua 😊 

Semalamkan ramai umat Islam menunaikan kewajipan mengikuti umrah di mekah . Okey , cerita sedih nie sebab maa , abah dan Kakngah turut sertai . Diaorang tinggalkan aku , adik dgn abang jea dekat rumah 😢 kami nak ikut jugak . Tapi , nak buat macam mana belum ada rezeki . Btw , Insyaallah akan datang kami pulak 😄 Aminnn , mudah mudahan . Hee . 

Semalam kitaorang hantar maa , abah dgn Kakngah dekat Airport Kuantan . Sebak woi masa nak hantar tu . Hmm , masa diaorang nak naik dah memang menitis air mata . Btw , mak ayah Syiqin pun pergi . Syiqin lagi Lah sebak nyaa 😭 

Biasalah , semuanya tak biasa kena tinggal lama-2 dgn mak ayah . Kita orang sampai tunggu kapal terbang tu terbang . Haha , panas pun panas Lah . K-2 , tu jea nak Story 😊 have fun . Assalamualaikum bloggerlandd ❤

LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 3:32 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Isnin, 4 Mac 2013

We B' 95 Very Worried



Ermmm , macam mana eh nanti .
Okey ke tidak ?
Bila keluar eh ? Rasanye tak lama dah .
Ye ke tidak tahu . 

*Okey , itulah yang bermain difikiran aku sekarang*

   Topik aku hari ini mungkin ramai yang tak suka bagi budak-2 Ex SPM macam aku nie haaa . Dah bulan 3 woiii , mati keras duk mikir ke result . huhh , tekanan -__- . Agak-agak okey ke tidak eh keputusan aku , kau , kami , kalian , kamu semua ? Ermm , dalam kepala hotak aku sekarang nie rasa macam tak nak jea datang sekolah nanti bila tiba result SPM dah keluar . Boleh ke tidok ? HAHA . Kalau boleh nak jea aku buat time UPKK time darjah 5 dulu , orang pergi sekolah ambil keputusan aku buat dont know jea . HAHA 

   Mungkin masa nie tak rasa lagi tekanannye . Mungkin hanya fikir-fikir biasa saja . Cuba kalau tinggal dua tiga hari lagi , mesti rasa yang tak tentu arah lah , demam lah , sawan lah , sakit sana , sakit sini , kalau boleh lari luar negara mahu semua lari tak mahu tengok result . *K mengarut K mengarut* Bak kata fakhira a.k.a amoi "Dengar boleh , percaya jangan* HAHA . 

   Dulu Mungkin ramai yang cakap "SPM OH SPM" semasa nak exam besar tu haaa . Bila dah selesai jea exam besar to , semua menjerit "MERDEKA OII MERDEKA" siap bawak bendera bagai . HAHAHA , sakan gila bebudak SPM time tu . Kata mereka , ini hari kami . Katanyeee , HAHA dan sekarang mula lah mereka berkata "Alahai result" tak pun "Result Oh Result" HAHA . 

   Telinga aku ada dengar kabar-kabar angin yang result SPM 2012 akan keluar pada 20.03.2013 , ada yang kata pulak 18.03.2013 lah apa lah . Hari dah masuk 04.03.2013 oiiii , mati-2 . Tinggal beberapa minggu jea lagi haaa . 

*Tak boleh cakap benda haa kalau dah gini*

   Berdoa saja lah pada Allah yang maha Asa yea korang , fikir positif yakin boleh dan tawakal semampu yang boleh . Aku doakan korang berjaya dan dapat keputusan yang cemerlang okey :) Doakan aku jugak . HEE 


*Pray Always And Never Faint Dear*
Good Luck 



LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 11:39 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 24 Februari 2013

Penat ? Kebiasaan -_-



Itu korang nampak gambar dekat atas tu ?
Haa , itulah tajuk aku hari nie .

Assalamualaikum semua :) 

   Okey , hari ini hari ahad pada tarikh 24/2/2013 dahh . Kejap saja kan masa berlalu ? Bergitu pantas tup tup dah nak dekat bulan 3 dahh . Mati lerr result SPM keluar nanti . HAHA . K , tak nak fikir lagi . " Dup Dap Dup Dap " jantung ni haa cakap pasal result . 

   Okey , sekarang nak cerita pasal penat ni haa . Apa yang penat ? Mana tak penat nye aku ni haaa . Semalam hari sabtu pada tarikh 23/2/2013 ada ke patut aku tidur jam 4 pagi -__- . Buat apa aku tidur jam 4 pagi ? HAHAHA . Kebiasaan bila wanita dah layan korea punya rancangan itu apa yang lawak + kelakar nak mampus tu ? Alahhh , yang ramai lelaki-2 hensem dalam tu pastu ada sorang gadis comel molek tu . HAAHA , Ergggg rancangan " Running Man " lah . Aku kalau layan cerita tu harammm nak layan orang lain . HAHA , punya lah fokus semalam tengok rancangan tu sampai tak sedar dah jam 4 pagi sampai tak sedar semua orang dalam rumah tu dah tidur , HAHAHA . Dah pulak tu kena bangun solat subuh jam 6.30pagi tu . 

   Haaa , agak-2 berapa jam jea aku dapat tidur ? Korang bayangkan jealah Penat nye macam mana . HAHA , dengan perut kelaparannye tengah-2 malam sampai pagi buta tu . HAHAHA . Pedihh wehh perut . Tapi harammm jadah aku biar jea perut aku tu berjoget-2 dalam tu . HAHAHA . Pada hari ni (ahad) pagi-2 lagi dah ada kelas kena pergi . Bukan kelas belajar pun . Kelas amali moto jea pun . Tapi yang bertambah penatnye kelas tu punya lah lama dari 9.30 sampai jam 4.30 -___- Gila aku rasa duduk dalam kelas to lama nak mampus , HAHA .
Mengantuknye korang tak payah cakaplah . Mata nie ikutkan hati nak jea tutup pastu lentok atas meja . HAHA . Kalau bolehhhhh aku buat dah . 

Itulah gayanye kalau nak ikutkan aku nak buat bila dalam kelas tu : D

*HAHA , k itu jea nak ceritanye . Runningman punya pasal*




LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 2:13 PG 1 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 22 Februari 2013

| Khas Buat Mereka |



Yeayyyy , Yeayyyy . 

Kau nampak itu gambar di atas ? HAAA , apa lagi . | SELAMAT ULANG TAHUN | kawan-kawan ku yang disayangi semua pada tahun 2013 ini :)

Hambikk kau , sekali guss jea aku wishh :D Kaum-kaum hawa bekas 5delima SMKPd ini semua khas untuk korang . Sweet dop Sweet dop ? HAHAHA .

Relek-Relek , dop sweet lagi tu . Kalau hari jadi mesti kena ada hadiah ork ? HAHAH , korang nak hadiah ? Ada-2 , don't worry :) meh-2 , aku nak bagi hadiah . Japp ehhhh .......

*5 minit kemuadian , 


Haaa , Jeng-3 . Korang nampak tu gambar dekat atas ? HAHA . 
Ambik-2 sorang satu aku bagi . Khas untuk korang :)
Jangan malu-2 tau . HIHI


Dah-2 , jangan nak terharu sangat dapat hadiah tu . Berterima kasih sikit dekat aku nie haaa , Baik kan aku ? :D HiHi . Dah-2 , korang jgn nak lari lagi . Majlis nie belom habis lagi . Ada satu lagi acara nie haaa yang aku buat . Kali nie mesti korang suka punya . Biasalah , siapa tak suka :D jap ehhh , Korang lapar ehh ehh ? HAHAH . 

*30 minit kemudian ,

HAHAHAHAHA ,
Hambikkk kauu . Sila-2 jamu yea . 
Maaflah aku kena "save bajet"
Korang kongsi-2lah yea :D
Aku kenyang dah , Korang habiskan yea .
Makanan berkhasiat tu .


Amacam korang ? Kenyang ? HIHI , seronok kan ? :) Dah-2 , jangan nak banyak komen . Aku belanja pun mujur :P HarHarHar -_- 

Weh-2 , lek lu nak pergi mana ? tak habis lagi nie . Khas untuk korang yang terakhir niee . Yang nie mesti korang kagum dengan aku punya . HAHAHAH . 
Jappp ehhhh , 

*1jam Kemuadian , 


Haaa , siap dahhh :) 
HewwHewwHeww . 
Cantik dop ? HAHAH , penat aku buat semalam untuk korang :D
makan-2 jgn malu-2 , aku tahu kek to sedap . 
HAHAHA . 

EH , korang . dah-2 lerr to puji aku . HAHAHA , kek to biasa-2 jea . sekejap jea aku buat to haaa . HAHAHA . Okey , dah korang boleh balik . HAHAH

*Hai korang , aku rindu korang . rindu nak nyanyi lagu befday dalam kelas sama-2 lagi macam dulu-2 . Teringat pulak time befday korang jea mesti ada nyanyi-2 , ngajeng-2 kan ? :'( nie haaa aku buat khas untuk korang :) Have Fun <3 Assalamualaikum *


TIJAH ,AKU,ZATY,QYLAH,AINAA,FAKHIRA,NIK,WANY,AIDA,NEKY,AIN,TASYA,FATIN,PUTERI,BASYIRAH,NADIAH,FARISSA,MYRA dan HADIRAH . ILYSM <3

LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 7:12 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tekanan Hidup


Assalamualaikum , Salam Ceria Semua :)


   Topik hari nie agak menarik , manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah di dalam menjalani kehidupan seharian . Masalah-masalah ini dikenali sebagai tekanan hidup. Tekanan hidup ini ada ketikanye boleh dihadapi dengan mudah, kadang-kadang memerlukan bantuan kawan-kawan malah ada di antaranye yang menganggu perjalanan kehidupan seharian .

   Tekanan merupakan punya kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikologi . Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan kan mengalami kemurungan , kesedihan , kerunsingan dan beberapa masalah psikosomatik . Lantaran itu , setiap bentuk tekanan yang dihadapi perlu diatasi dan dirawat .


Secara definisinye ,

   Tekanan hidup atau dalam bahasa Inggerisnya ‘stress’ berasal daripada perkataan Greek “stringere” yang bermaksud “ketat” atau “tegang”. Para ahli psikologi melihat tekanan ini        daripada pelbagai sudut dan aspek .

   Pertama , dari sudut rangsangan yang menyebabkan tekanan. Pendekatan ini mengkaji rangsangan-rangsangan fizikal, fisiologi dan psikologi yang menyebabkan tekanan seperti kebisingan , suhu , kelembapan, sakit, emosi dan lain-lain. Tekanan yang dihadapi ini boleh diatasi sekiranya punca atau rangsangan yang menyebabkan berlakunya tekanan itu dihapuskan .

   Kedua, fenomena ini dilihat dari aspek tindak balas organisma terhadap tekanan yang dihadapi. Tindak balas yang dimaksudkan ialah tindak balas fisiologi yang berlaku di dalam tubuh organisma.

   Ketiga, dari aspek kebolehan organisma untuk berinteraksi dengan alam persekitaran yang menyebabkan tekanan serta menyesuaikan diri terhadap tekanan yang dihadapinya.

   Pada asasnya terdapat empat bentuk tekanan hidup iaitu: 
1. Tekanan yang berlebihan 
2. Kurang tekanan 
3. Tekanan yang baik dan berguna 
4. Tekanan yang memudharatkan
   
   Setiap individu mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut. Ada yang melihatnya sebagai tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh sebab itu, setiap individu perlu mempelajari cara-cara yang sesuai untuk mengurus tekanan yang dihadapinya.

   Pada masa yang sama, jika seseorang itu terlalu kerap menghadapi tekanan hidup maka ia akan dapat menyesuaikan diri dengannya secara automatik. Sementara bagi seseorang yang tidak pernah menghadapi tekanan maka kerentaannya terhadap apa-apa rangsangan yang mempunyai unsur-unsur tekanan adalah amat tinggi. Interaksi antara manusia dengan punca tekanan adalah penting dalam usaha penyesuaian diri terhadapnya.




Berginilah apabila seseorang merasai tekanan yang dihadapi 



LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 5:30 PTG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Jumaat, 20 April 2012

" SPEAKING "

Assalamualaikum , Hai Semua .


    Eh , lama jugak farah tak update blog nie . HEE . Farah nak cakap pasal "SPEAKING" hari nie . Ermm , apa yang korang fikir kan kalau cakap pasal "SPEAKING" nie ? Mesti macam-macam kan korang cakap . Farah sebenarnyekan , tak faham lah dengan orang kita nie (orang Malaysia) . Bila ada jea orang kita ber"SPEAKING" , dengan sama sendiri (kawan-kawan or masyarakat sendiri) mesti ada yang cakap , koya lah , bajed lah , tah apa-apa lah , mengada-ngada lah nak cakap Orang Putih (Bahasa English) . Apa masalahnye kalau kita cakap Orang Putih sekali pun ? Bagi Farah lah kan , okey apa kalau kita cakap Bahasa Asing . Tak semestinye kita cakap Bahasa Asing tu sebab nak bangga atau apa sahaja yang negatif . Tapi kalau kita bercakap Bahasa asing , bukan ke dapat membantu kita bertutur dalam Bahasa Asing tu sendiri untuk kebaikan diri kita jugak kan pada masa hadapan kan ? Tapi masyarakat kita macam tak sokong langsung sesama kita nie "SPEAKING" . Malah ada masyarakat kita sendiri menjatuhkan semangat sesama kita untuk menambahkan ilmu meraka sendiri . Susah kalau tak ada kerja sama sesama kita . Kalau lah para pelajar tidak boleh bercakap dalam Bahasa English , apa gunanye di sekolah para pelajar harus belajar Basaha itu tersebut ? Bagi Farah lah kan , kita kena bekerja sama saling bantu membantu . Tak ada lah nanti bila ada orang kita sendiri membangga-banggakan orang cina dan india kita nak marah-marah kan ? Farah cakap sambil berfikir dan melihat . Kalau ada kata-kata Farah yang salah mohon dimaafkan . kbye :)
LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 12:54 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 21 Januari 2012

" Duit atau Kebahagiaan ? "

" Tahukah anda, kebahagiaan adalah kayu pengukur kepada munculnya perasaan positif dan negatif dalam kehidupan manusia. Juga tahukah anda, wang tidak boleh membeli kebanhagiaan. Namun rasa bahagia itu boleh datang bila kita mempunyai wang yang banyak. Benarkah ? "


1. Berfikiran positif

   Sesetengah orang suka membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan kes yang kecil menjadi besar. Bergitu jugaklah soal duit. Kalau anda tidak terlalu memikirkannya sebagai satu perkara yang besar dalam kehidupan, maka anda akan perolehketenangan berfikir di dunia ini. Fikirkanlah perkara yang lebih penting dalam hidup anda iaitu perhubungan, keluarga, diri anda sendiri dan sebagainya, itu jauh lebih penting daripada nada memikirkan soal duit yang tidak pernah habis dicari . 

2. Berikan hadiah

   Perlukah kita memberi sesuatu kedapa orang yang kita suka dengan hadiah yang mahal-mahal ? Tahukah anda, hanya dengan sekuntum bunga pun kadang-kala kita mampu membuat orang tersunyum. Jadi usah anda terlalu memikirkan berapa kos yang harus anda keluarkan kerana itu semua tidak penting. Sebaliknya anda harus memikirkan ruang masa yang anda peruntukkan untuknya kerana lebih banyak masa anda bersamanya, itulah bahagia yang dia cari. Jagalah perhubungan anda kerana menjaga perhubungan dengan baik itu samalah seperti anda menjaga diri anda sendiri . 

3. Jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain

    Ini perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang insan. Jangan terlalu membuat perbandingan antara diri anda dan orang lain kerana ia hanya akan menyakitkan hati sahaja. Ini samalah seperti anda membuat perbandingan antara diri anda dan Tom Cruise atau David Beckham dari segi ketampanan dan populariti. Sudah tentu anda akan jauh daripada meraka. Begitu juga tatkala melihat kawan-kawan memakai pakaian berjenama dan sebagainya. Jangan sesekali membuat perbandingan kerana ia akan hanya menyakitkan hati anda sahaja. Bersederhana sahajalah dan jadilah diri anda sendiri, kerana itu lebih baik dari anda perbura-pura dalam hidup. 

4. Jadilah diri sendiri

   Inilah ketetapan yang baik dalam kehidupan manusia. Jadilah diri anda sendiri dan berusahalah untuk menjadi kaya jika itu menjadi ukuran kepada kejayaan di dunia ini. Hidup manusia boleh berubah asalkan dia berusaha keras menjadi kaya. Namun jangan sesekali berpura-pura demi mencari hati yang bahagia .


HEEE , siap dah . renung-2 kan yea :) semoga anda sukakannya <3

P/S : NO 3 PENTING SEKALI !
   i
LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 12:07 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Langgan: Catatan (Atom)

| Suka ? Sila Like |

| That It's Me |

| That It's Me |
Farah Ar'rah Rara
Sweet18
12.12.95
Kuantan Pahang
SINGLE

| My List Dream |

Lepasan SPM
Enjoy life
Lepasan Diploma
Teddy HelloKitty Besar
Birthday Party
Impian Buka Bakery
Perkhawinan yang Indah
Cute Hello Kitty 2

| Aku Di Muka Buku |

Jelly Coco

Create Your Badge

| Waktu Itu Penting |

Yang nie suke wat muka c0mel macam aku ! HAHA

NUR FARAHIN
NNaif
UUntung
RRamah
FFleksibel
AAmanah
RRealistik
AAlim
HHarum
IIkhlas
NNaif
Apa ada pada nama?

| Pengikut |


Thanks For The Add Comments

| Slot Slot MerapuKu |

  • ▼  2014 (3)
    • ▼  Februari (3)
      • Awak Part 2 .....
      • Awak .....
      • Result Sem !
  • ►  2013 (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2012 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2011 (18)
    • ►  Disember (3)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (4)

| Photo Ku Photo Mu |

| Photo Ku Photo Mu |
mencari ketenangan

| Aku sama Adix Angkat Ku |

| Aku sama Adix Angkat Ku |
Annisah Comel

Syafeeq Hensem

Husna Kaka Cun



Bantal Bucux. Tema Tera Air. Imej tema oleh linearcurves. Dikuasakan oleh Blogger.
Kesemua yang di catat adalah hak milik Farah Ar'rah Rara