-->
Farah Ar'rah Rara !

Jumaat, 20 April 2012

" SPEAKING "

Assalamualaikum , Hai Semua .


    Eh , lama jugak farah tak update blog nie . HEE . Farah nak cakap pasal "SPEAKING" hari nie . Ermm , apa yang korang fikir kan kalau cakap pasal "SPEAKING" nie ? Mesti macam-macam kan korang cakap . Farah sebenarnyekan , tak faham lah dengan orang kita nie (orang Malaysia) . Bila ada jea orang kita ber"SPEAKING" , dengan sama sendiri (kawan-kawan or masyarakat sendiri) mesti ada yang cakap , koya lah , bajed lah , tah apa-apa lah , mengada-ngada lah nak cakap Orang Putih (Bahasa English) . Apa masalahnye kalau kita cakap Orang Putih sekali pun ? Bagi Farah lah kan , okey apa kalau kita cakap Bahasa Asing . Tak semestinye kita cakap Bahasa Asing tu sebab nak bangga atau apa sahaja yang negatif . Tapi kalau kita bercakap Bahasa asing , bukan ke dapat membantu kita bertutur dalam Bahasa Asing tu sendiri untuk kebaikan diri kita jugak kan pada masa hadapan kan ? Tapi masyarakat kita macam tak sokong langsung sesama kita nie "SPEAKING" . Malah ada masyarakat kita sendiri menjatuhkan semangat sesama kita untuk menambahkan ilmu meraka sendiri . Susah kalau tak ada kerja sama sesama kita . Kalau lah para pelajar tidak boleh bercakap dalam Bahasa English , apa gunanye di sekolah para pelajar harus belajar Basaha itu tersebut ? Bagi Farah lah kan , kita kena bekerja sama saling bantu membantu . Tak ada lah nanti bila ada orang kita sendiri membangga-banggakan orang cina dan india kita nak marah-marah kan ? Farah cakap sambil berfikir dan melihat . Kalau ada kata-kata Farah yang salah mohon dimaafkan . kbye :)
LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 12:54 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sabtu, 21 Januari 2012

" Duit atau Kebahagiaan ? "

" Tahukah anda, kebahagiaan adalah kayu pengukur kepada munculnya perasaan positif dan negatif dalam kehidupan manusia. Juga tahukah anda, wang tidak boleh membeli kebanhagiaan. Namun rasa bahagia itu boleh datang bila kita mempunyai wang yang banyak. Benarkah ? "


1. Berfikiran positif

   Sesetengah orang suka membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan kes yang kecil menjadi besar. Bergitu jugaklah soal duit. Kalau anda tidak terlalu memikirkannya sebagai satu perkara yang besar dalam kehidupan, maka anda akan perolehketenangan berfikir di dunia ini. Fikirkanlah perkara yang lebih penting dalam hidup anda iaitu perhubungan, keluarga, diri anda sendiri dan sebagainya, itu jauh lebih penting daripada nada memikirkan soal duit yang tidak pernah habis dicari . 

2. Berikan hadiah

   Perlukah kita memberi sesuatu kedapa orang yang kita suka dengan hadiah yang mahal-mahal ? Tahukah anda, hanya dengan sekuntum bunga pun kadang-kala kita mampu membuat orang tersunyum. Jadi usah anda terlalu memikirkan berapa kos yang harus anda keluarkan kerana itu semua tidak penting. Sebaliknya anda harus memikirkan ruang masa yang anda peruntukkan untuknya kerana lebih banyak masa anda bersamanya, itulah bahagia yang dia cari. Jagalah perhubungan anda kerana menjaga perhubungan dengan baik itu samalah seperti anda menjaga diri anda sendiri . 

3. Jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain

    Ini perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang insan. Jangan terlalu membuat perbandingan antara diri anda dan orang lain kerana ia hanya akan menyakitkan hati sahaja. Ini samalah seperti anda membuat perbandingan antara diri anda dan Tom Cruise atau David Beckham dari segi ketampanan dan populariti. Sudah tentu anda akan jauh daripada meraka. Begitu juga tatkala melihat kawan-kawan memakai pakaian berjenama dan sebagainya. Jangan sesekali membuat perbandingan kerana ia akan hanya menyakitkan hati anda sahaja. Bersederhana sahajalah dan jadilah diri anda sendiri, kerana itu lebih baik dari anda perbura-pura dalam hidup. 

4. Jadilah diri sendiri

   Inilah ketetapan yang baik dalam kehidupan manusia. Jadilah diri anda sendiri dan berusahalah untuk menjadi kaya jika itu menjadi ukuran kepada kejayaan di dunia ini. Hidup manusia boleh berubah asalkan dia berusaha keras menjadi kaya. Namun jangan sesekali berpura-pura demi mencari hati yang bahagia .


HEEE , siap dah . renung-2 kan yea :) semoga anda sukakannya <3

P/S : NO 3 PENTING SEKALI !
   i
LIKE pun boleh :)

Di Merapu Oleh Jelly Coco at 12:07 PG 0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Langgan: Catatan (Atom)

| Suka ? Sila Like |

| That It's Me |

| That It's Me |
Farah Ar'rah Rara
Sweet18
12.12.95
Kuantan Pahang
SINGLE

| My List Dream |

Lepasan SPM
Enjoy life
Lepasan Diploma
Teddy HelloKitty Besar
Birthday Party
Impian Buka Bakery
Perkhawinan yang Indah
Cute Hello Kitty 2

| Aku Di Muka Buku |

Jelly Coco

Create Your Badge

| Waktu Itu Penting |

Yang nie suke wat muka c0mel macam aku ! HAHA

NUR FARAHIN
NNaif
UUntung
RRamah
FFleksibel
AAmanah
RRealistik
AAlim
HHarum
IIkhlas
NNaif
Apa ada pada nama?

| Pengikut |


Thanks For The Add Comments

| Slot Slot MerapuKu |

  • ►  2014 (3)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2013 (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (3)
  • ▼  2012 (2)
    • ▼  April (1)
      • " SPEAKING "
    • ►  Januari (1)
      • " Duit atau Kebahagiaan ? "
  • ►  2011 (18)
    • ►  Disember (3)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (4)

| Photo Ku Photo Mu |

| Photo Ku Photo Mu |
mencari ketenangan

| Aku sama Adix Angkat Ku |

| Aku sama Adix Angkat Ku |
Annisah Comel

Syafeeq Hensem

Husna Kaka Cun



Bantal Bucux. Tema Tera Air. Imej tema oleh linearcurves. Dikuasakan oleh Blogger.
Kesemua yang di catat adalah hak milik Farah Ar'rah Rara